Wednesday, February 18, 2009

Hanya sekadar bebelan semata-mata

Pagi-pagi lagi saya dapat idea nak mengarang sampai saya tolak tepi lah kerja saya. Gila tak amanah saya kan tapi selagi saya tak tulis, selagi tuh saya tak boleh buat kerja. Hehe. Jadi jangan jadi seperti saya. Huhu.

Harini saya nak mengarang dalam Bahasa Melayu. Bahasa ibunda saya. Macam best. Lagipun bahasa ni sahaja lah yg saya terer. Yang saya dok cakap omputih selama neh pon kira trial and
error, dalam bahasa melayunya, cuba dan salah. Haha. Gila fail kalau saya nak translate-translate neh. Saya punya English tak terer mana pon, grammer tunggang langgang, ayat tak best langsung. Kalau orang yang terer omputih tersinggah kat blog saya mesti dia kata "WHAT THE HECK IS SHE TALKING ABOUT? I CANT UNDERSTAND A THING" Most probably lah kan. Ekekeke. Saya ber-English pun sekadar nak baiki English saya yang masih lemah bukan hendak menunjuk-nunjuk. Saya memang jeles dengan mereka yang blog dalam English, dengan ayat-ayat yang bombastic, saya jeles lah tapi in a good way.

Saya hanya terer Bahasa Malaysia sebab tu satu-satunya paper yang saya dapat A1 masa SPM. Haha. Kira terer lah tuh kan. Bukan saya nak riak dengan A1 saya tuh, ape sangat lah maksud
A1 tuh dalam kehidupan saya. Takde makne pon. Huh. Orang lain yang tak dapat A1 dalam Bahasa Malaysia pon, terer je cakap melayu. Malah fasih lagi dari saya. Kan? Tapi saya kagum lah yang saya dapat A1. Yang saya target A1, dapat A2 lak. Disitu sudah membuktikan bahawa saya hanya terer dalam Bahasa Malaysia. Dahlah masa tu era start sastera yang mana saya cukup anti gila dengan mende-mende puitis ni. Saya tak study habes pon sastera-sastera ni walaupon nak SPM. Mengarut je semua tuh. Sajak, Gurindam dan macam-macam lagi yang ntah hapa-hapa. Masa tuh lah kan. Saya ingat lagi soalan-soalan dia. Taklah berpa nak ingat sebab sudah 7 tahun saya tinggalkan sekolah. Uih, saya rasa diri sudah tua. Ok, sambung, saya ingat lagi soalan-soalan sastera dia yang karut-marut. Cite pasal burung gagak hitam ke monyet ntah yang kalau baca balik memang...ish...stress lah nak paham kan jalan cite dia.

Sampai sekarang saya tak paham apa relevennya cerita monyet tersebut. Masa itu pula saya dapat cikgu BM yang sangat sopan. Dalam ertikata lain, baik lah. Kecik molek tudung besar gitu. Saya tak ingat nama dia. Puan Siti Hajar kot, tapi saya ingat Puan Siti Hajar cikgu BM masa saya F3. Gila garang OK walaupon kecik and cun. Dia antara cikgu yang saya anti. Haha. Berbalik pada cikgu BM saya yang saya tak ingat nama, dia jenis tak strict sangat lah so akibatnya saya tak heran sangat lah nak ambil tahu hal-hal sastera ni. Bleh tak camtuh? Hehe.

Lepas tu naik F5, dapat cikgu ala-ala sporting. Saya pon tak ingat nama dia tapi dia suruh panggil dia Mama. Macam geli pon ada tapi saya layankan je. Dia pulak time mengajar memang
semangat. Cerita yang tak ada kaitan dengan sastera melayu pon dia ceritakan. Time tuh hangat dengan Maria Mercedes ke Rosalinda ntah, dimana satu babak yang dia cerita tuh saya
langsung tak tahu. Tapi kelas saya beria dengar cerita Mama tuh. Ape-apelah. Yang saya nak highlight kat sini, silibus sastera time tuh kena baca buku novel.

Sekolah saya kena baca buku berjudul Konserto Terakhir. Saya sampai sudah abes SPM pon tak habis pon baca buku tu. Macam mana saya boleh pergi periksa dengan tidak habis baca pun buku tuh? Saya pun tidak tahu tapi memang ajaib lah. Haha. Tapi tak mungkin lah saya dapat jawab tanpa bantuan cikgu-cikgu kan. Dalam kelas memang kita membincangkan setiap bab-bab tuh. Walaupon begitu, saya memang tak amek peduli. Haha. Memang saya tak tahu jalan cerita bila sudah sampai bab-bab dekat belakang. Saya tak tahu mengapa saya begini. Tapi saya dapat A1. Magic kan? Hehe.

Tidak kira lah kita nak mengarang atau nak bercakap dalam bahasa apapun, asalkan orang lain paham. Jangan kita nak cakap bahasa best-best tapi sorang pun tak paham. Contoh lah kan saya nak tunjuk saya tau bahasa Jepun (contoh je), tapi kawan saya orang Melayu, pehal lak saya nak ber-Jepun lak kan. Haha. Melainkan kita jadikan tempat untuk kongsi ilmu ke ape, mungkin
tidak menjadi masalah. Komunikasi disini amat penting. Kadang-kadang saya heran, bila orang nak cuba speaking Mat Salleh, orang lain tengok macam poyo je orang tu sedangkan dia
sedang berusaha dan mahu belajar. Bila dia terguna dialect Mat Salleh ala-ala American ke London ke mereka akan mengata. Penah lalui? Huhu.

Bahasa memang best. Saya suka bahasa. BM, English, Jepun, Perancis, Arab kalau boleh saya nak belajar. Mungkin dijadikan karier. Bukan hendak tunjuk kita terer ke apa tapi sebagai jambatan antara dua dunia yang berlainan. Eceh. Saya pernah berkawan dengan orang berbangsa Turkey melalui satu website saya pun tidak ingat dah, saya bukan nak kata tapi susah jugak lah kalau tidak tahu English. Malay of course orang belah Middle East tidak tahu dan kita pula manalah tahu bahasa mereka, jadi English lah jadi bahasa perantara. Saya ingat lagi perbualan dia, kami bercakap tentang kematian agaknya, lepas tuh dia cakap something like "It was dead in my dog". Saya gelak besar lah sebab kelakar kan ayat tuh tapi saya paham maksud dia apa. Dia nak cakap yang anjing dia mati tapi "It was dead in my dog". Memang kelakar. Macam-macam orang saya jumpa online. Mungkin akan dijadikan entry akan datang. Watch out.

Entry ini sekadar bebelan aja, tidak lebih dari itu. Harap tiada siapa yang tersinggung.
Sekian, terima kasih.

*Gile skema entry neh. Haha.

5 comments:

Asyida said...

pheewww
dpt gak abiskan ayat terakhir
hihi..skeam gak...tp tetap sronok baca...me dpt A1 too in BM...hihi

anneweeza said...

lalallalallala.... :P

fiquer said...

Xckup skema lg nih..hehe
Entry yg bagus. :)
Ye ke BM dpt A1? Congratz2 wlu pun dh brzaman spm tu. Dulu smpat x novel perlumbaan kedua?

f a t i h a t i e said...

wakaka ko pun x abes baca ke, hengat haku je x abes baca..hihi mujur dpt A1 hihi..BI plak hampes huhu hampe2..
well nicely written..leh la wat BM plak lain kali hihihi

justnid said...

mana citer klakar u?